CARA BUAT DUIT DENGAN RETORT MAKANAN DARI RUMAH │Make Money by Selling Pressure Canning Food

Buat Duit Dari Rumah
Spread the love

Download Rahsia Surirumah Buat Duit RM400 Sehari

Klik Disini Cara Luar Biasa Buat Duit Tanpa Modal

Download Buat Duit Percuma RM200 Sehari Dari Rumah

Klik Laman Web Rahsia Ledak RM400 Sehari Automatik

Hi Freenarians semua! Apakhabar? Kak Chaq doakan semua berada dalam keadaan sihat wal'afiat, khususnya buat petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus membendung wabak Covid19 ni. #StayAtHome & #StaySafe everyone!
.
Ramai sahabat kak Chaq yang terkesan dengan PKP ni. Ada yang buntu memikirkan bagaimana untuk mendapatkan bekalan makanan, bagaimana untuk sara keluarga bila hilang pekerjaan, dan sebagainya.
.
Jadi video kali ini Kak Chaq igin kongsikan ilmu yang kak Chaq dapat ni bersama Freenarians semua. Ilmu yang mana Kak chaq dan anak keenam Kak Chaq aplikasikan dalam kehidupan seharian dan Alhamdulillah, berjaya menjana pendapatan sampingan.
.
Hari ini sahaja 14 botol Daging Masak Hitam Pak CHaq telah di pos ke Kedah dan JB. Resepi ini memang menjadi kegemaran satu family. Kaedah Retort ini boleh digunapakai untuk stok makanan seperti sambal ikan bilis, rendang Hijau, Rendang Tok, Sardin dalam Sos Tomato. Ianya bertahan selama setahun.
.
Proses Retort ini menggunakan periuk tekanan Cookline X yang berkapasiti 8 liter. Boleh didapati di sini:

Jika ada sebarang kemusykilan boleh komen dibawah ya!
#buatduit #bisnesonline #pressurecanning #kaedahretort #pressurecookerCooklineX #zhulian #dudukrumah #Covid19Malaysia #perintahkawalanpergerakan #thinkoutsidethebox #seizeopportunity #coronavirus #sihatitumilikku

CONNECT WITH ME!
Follow :
My Channel
My Instagram
My FB page
My Twitter

43 thoughts on “CARA BUAT DUIT DENGAN RETORT MAKANAN DARI RUMAH │Make Money by Selling Pressure Canning Food

  1. Salam kak nak tanya…makanan yang telah diretort…kalau dah dibuka…simpan dalam peti ais semula…boleh tahan lama lagi ke? Atau
    Lepas diretort makanan yang dibuka kena habiskan terus?

    1. Salam adik, makanan Yang di Retort bila dibuka sebaik2nya Di makan dalam masa 24 jam pada suhu bilik. Jika simpan dalam peti sejuk bahagian chiller,(ikut pengalaman simpan daging masak hitam ni)boleh tahan 3 Hari selepas dibuka. Jika disimpan di bahagian freezer(keluarkan Dari botol Dan simpan dalam bekas bertutup rapat) boleh tahan 2 minggu.

  2. Hi, are the food in the can cooked or let it get cooked while being retorted? and did you leave space (air room) in the can? thank you!

    1. Hi Pauline 😍. You can have it either way. Depending on the recipe you’re working on. For example if you make sardin, you stuff the raw fish inside the jar and then put the hot sauce in it, then retort it for 70 minutes. Or you can retort the ready cooked food like rendang straight away for 40 minutes. Yes you should leave about an inch of head space.

  3. Salam puan. Kalau retort makanan dlm pack plastik/aluminium boleh ke. Kene masuk dlm pressure camni juga ye.

    1. Makanan dalam retort pouch bag pun boleh di canning sebegini. Cuma kena vacuum dulu sebelum di seal pouch bag tu.😊

  4. Assalamualaikum… Pak Chuu nak tanya, bagaimana jika makanan yg packaging dlm bekas atau kotak plastik. Bagaimana cara

    1. Waalaikumussalam Pak Chu, makanan yang packakaging dalambekas atau kotak plastik, boleh guna kaedah macam ni contoh nasi kita bungkus guna pouch pp yang tahan rendaman air panas, guna kaedah vakuum seal . Sambal , ikan goreng boleh guna kaedah ni. Pastu masuk dalam kotak . jadi customer boleh panaskan nasi, ikan, sambal dengan cara rendam air panas.

    1. Boleh sis. Cari retort pouch yang ketebalannya 160 micron ada 4-5 lapisan. Caranya sama cuma pouch tu perlu divacuum seal terlebih dahulu.

    1. Untuk retort homemade sambal dalam botol plastik mesti Gunakan botol plastik jenis Polypropylene (PP) yang tahan suhu max 135 °celcius. Tapi cara dan berapa lama masa diperlukan untuk retortnya kena pi kursus. Akak belum arif teknik ni. Ataupun sis boleh masukkan sambal dalam retort pouch.

  5. Method sama utk autoclave petri dish dkt lab, utk bunuh bakteria sblm buang waste but with certain psi & temperature

  6. Salam, sis nak tnya, klau kta pack pes masakan bertumis dlam bag aluminium foil, perlu retort kaedah yg sama ke?

    1. Pes masakan bertumis seperti pes asam pedas, jika nak tahan selama 2 tahun boleh guna kaedah pressure retort ini dengan syarat menggunakan retort pouch yang boleh tahan suhu sehingga melebihi 121 celcius, yang berketebalan antara 130-160 micron sis. Jika menggunakan kaedah steam retort,boleh tahan antara 9 bulan – 1 tahun. Sis guna kaedah steam retort ke?

  7. Salam sis saya baru2 ni saya ada mulakan perniagaan jual daging dendeng sebelum ni saya pakai packaging biasa je seal pun macam biasa. Untuk customer yang dekat barang sampai pada mereka dalama keadaan sempurna cuma ada yang dapat sedikit lewat jadi bungkusan tu dah mula kembung jadi untuk tempahan kali ni saya dah tukar packaging iaitu saya gunakan aluminium pouch tu. Jadi untuk retort ni boleh ke ya kalau kita gunakan pressure cooker yang manual tu ? Saya nak beli machinenya agak mahal jadi ada ke cara lain untuk proses retort ni?🔥

    1. Salam sis, ok pertama sekali retort pouch aluminiumnya mesti boleh tahan suhu 121°c dan ke atas. Dan kena guna sealer yg tebal heater element nya 8mm. Kedua bahan makanan seperti daging,ayam,udang perlu menggunakan proses pressure retort supaya dapat membunuh bakteria berbahaya pada suhu 121°c sekaligus membuatkan makanan boleh bertahan 2 tahun pada suhu bilik.Ketiga kebanyakan pressure cooker di pasaran hanya bertekanan 10 psi sahaja dan tidak sesuai digunakan untuk retort. Perlu cari pressure canner yang mempunyai 15 psi. Biasanya jenama ikea Vardesatta, presto dan t-fal memang bertekanan 15 psi

    2. @Freena The Simply Elegant Salam puan. Jenama sealer apa yg puan syorkan bagi hand sealer? Atau semua sealer boleh ubahsuai tebal heater element? In case terbeli yg tebal kurang dr 8mm

    3. @Abdul Rahman Yunos cari jenama sealer yang heavy duty, berbadan metal bukan plastik

    4. @Abdul Rahman Yunos Boleh dapatkan di shopee dgn keyword heavy duty impulse sealer

  8. Salam kak.. Minta maaf saya tanya lagi. Sebelum saya buat proses retort cili boh adakah saya perlu masak sepenuhnya/separuh masak/tak perlu masak cili boh tersebut? Cili tu saya dah rebus dulu sebelum dikisar. Mohon pencerahan 🙏🙏

    1. Cili kering perlu dikisar dengan minyak. Selepas dah kisar, bolehlah dimasak sehingga pecah minyak, sila tambah minyak semasa memasak. Tapi cili boh ni x perlu pressure retort, cukup sekadar steam retort 15 minit( guna pengukus) atau pun water bath retort 10 minit.

  9. Salam sis.Mcmn kita nak tahu botol makanan yg kita nak retort tu sesuai suhu 121 ke atas? Atau mmg ada botol kaca yg khas utk retort?Tk

    1. Mmg ada botol kaca yang khas untuk retort, dipanggil sebagai mason jar. Dekat kedai Rakan ada jual kalau sis tinggal area semenyih dan senawang

  10. Untuk retort tergantung bahanya.kalo daging sterilnya harus suhu 122drajat ati tekanan1,2 ATM .Kalo botol dengan suhu 122 akan lepas tutupnya supaya gk lepas tambah tekanan pake kompresor

  11. Hi, thanks for your video. I am planning to retort of homemade sambal. May i know if the sambal can be canned straight after cook to do the retort process or need to wait for the sambal to cool off first?

  12. Salam.. kak, nk tye pressure cooker biasa manual mcm nie jgk boleh ke? Xde jenama kot yg sy punye tu.. sy ade yg manual mcm nie dgn noxxa . Which one boleh pkai ye utk retort? Planning utk buat pes ikan bakar .

  13. Salam kak. Not sure if you will reply me but here it goes😅 nak tanya, saya planning nak jual sambal hitam dalam aluminium pouch but tak pasti kaedahnya macam mana. Kalau saya buat proses tu pakai pengukus boleh ke? Dan bagaimana step nya? Mohon pencerahan. Terima kasih.

    1. Salam dik. Sambal hitam pahang ya? Guna retort pouch lebih baik dan tebal serta tahan panas. Guna pengukus tu boleh. Kukus selama 20 minit. Yang penting guna impulse sealer heavy duty yg lebar heating elementnya 8mm. Boleh tahan 9- 12 bulan pd suhu bilik. Selepas kukus kena tunggu 14 hari untuk tengok pouch kita tu gelembung, bocor dsbnya. Jika tiada maksudnya lulus untuk dijual .

  14. retort unutk produk birdnest bersih boleh ker? kena pakai pouch ker botol ? ( birdnest yang perlu di olah steam sebelum dimakan)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *